Cerita ArtisHiburan

“Baru Plan Nak Pakai IUD Tau Tak!!!” – Syatilla Melvin Umum Dirinya Hamil Buat Kali Yang Keenam

Pelakon dan usahawan popular, Syatilla Melvin mengumumkan bahawa dirinya kini sedang hamil buat kali yang keenam.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Syatilla menerusi tu perkongsian di Instagram miliknya.

“Kali ke-6 😂 syukur alhamdulillah… Baru plan nak pakai iud tau tak!!! Rezeki Allah nak bagiiiiiii.

“Hari-hari duk mintak Allah murah rezeki, murah sungguh2 allah bagi. Doakan kandungan bertahan sampai cukup 9 bulan #lakirajin,” ujarnya.

Sebelum ini, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu pernah mengalami keguguran pada April lalu dan ia merupakan keguguran kali ketika yang dialaminya.

Mendirikan rumah tangga dengan Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button