Cerita ArtisHiburan

“Baru Tau Seksanya Rabun” – Elyana Dedah Penglihatannya Semakin Hari Semakin Kabur

Penyanyi popular Elyana mendedahkan bahawa penglihatannya ketika ini semakin hari semakin kabur.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh penyanyi berkenaan menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya.

“Penglihatan semakin hari makin kabur… baru tau siksa nya rabun…

“Masa kecik,nak sangat rabun sebab nak pakai cermin mata.. Sanggup tengok tv dekat-dekat,” ujarnya.

Umum mengetahui bahawa ketika ini Elyana sedang menghidap penyakit kanser limfoma yang masih lagi meneruskan rawatan sehingga sekarang.

Dalam pada itu, rata-rata rakan artis dan peminat berkenaan terus menitipkan kata-kata semangat buat Elyana. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button