Cerita ArtisHiburan

Beberapa Kali Tertangguh, Puteri Aishah Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan

Dengan sekali lafaz, pelakon popular Puteri Aishah kini sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Muhammad Firdaus dalam satu majlis yang berlangsung pada pukul 11:15 pagi tadi.

Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan oleh Qadi Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapa Puteri, En. Sulaiman Abd. Rahman.

Pada majlis pernikahan tersebut, Puteri Aishah menerima mas kahwin RM300 beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara pihak perempuan membalasnya dengan tujuh dulang. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Puteri Aishah berkata, dia sudah lama menantikan saat ini dan berharap ikatan perkahwinan akan berkekalan hingga akhir hayat.

“Alhamdulillah majlis dirancang berjalan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.

Saya dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artist yang lain atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP),”kata Puteri Aishah.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan juga mengakui bahawa suaminya itu sememangnya memiliki setiap ciri-ciri lelaki idamannya.

“Sepanjang dua tahun mengenali suami, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga. Dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu.

“Malah, dia juga sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan. Dia juga sudah bagi lampu hijau dimana saya boleh teruskan kerjaya ini selama mungkin,” katanya.

Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu menyaksikan Puteri dan Firdaus mengenakan busana bewarna putih.

Baju pernikahan yang digayakan mereka adalah rekaan @RizmanRuzaini . Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan bahagia ini bakal diadakan di JW Marriot, Kuala Lumpur, malam ini. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram CST Production

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button