Cerita ArtisHiburan

Bekas Adik Ipar Tuduh Kaki Sondol & Mata Duitan, Fiza Halim Buat Laporan Polis

Penyanyi dan pelakon popular, Fiza Halim bertindak dengan membuat satu laporan polis setelah dirinya dituduh kaki sondol dan mata duitan oleh bekas adik iparnya.

Dalam satu posting di Instagram, Fiza menyatakan dia berdiam diri setelah diminta untuk tidak membalas atau menjawab sebarang pertanyaan.

“Apa yang boleh saya bagitahu kat sini, selama 4 hari ni saya berdiam diri tak nak ulas apa-apa sebab pihak polis mengarahkan saya supaya tidak membalas atau menjawab apa-apa pertanyaan.

“Ini kerana segala DM, comment yang saya dapat selama 4 hari ni telah dipantau oleh pihak SKMM dan jugak pihak polis. Semua masih lagi dalam siasatan… Account saya ni dah pun dirujuk ke bahagian pihak yg berwajib,” tulisnya.

Baru-baru ini, seorang wanita yang didakwa bekas adik ipar artis berkenaan mendedahkan tentang punca penceraian yang berłaku antara abangnya dengan bekas anggota kumpulan Elite itu. 

Antara perkara yang didedahkan adalah Fiza dikatakan seorang yang kaki sondol dan bermata duitan.

Dalam pada itu, Fiza turut memaklumkan bahawa semua DM dan komen-komen telah berada di pihak SKMM.

“Untuk pengetahuan semua, segala DM dan komen berbentuk aib, hinaan, cacian & makian selama 4 hari yang saya dapat ni dah pun sampai ke pihak SKMM.

“Jadi bersiap sedialah ya semua yang pernah hantar DM dan komen ke sy, akan di soal siasat…. Tak mau cakap banyak, kita tunggu dan lihat je,” ujarnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button