Cerita ArtisHiburan

Bekas Anggota Dolla, Syasya Rizal Akhirnya Umum Kini Hamil Cahaya Mata Sulung

Spekulasi mengenai khabar yang mengatakan Syasya Rizal hamil akhirnya terjawab apabila mengesahkan dia dan suami bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Bekas anggota kumpulan Dolla itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah posting di akaun Instagram miliknya.

Dalam beberapa gambar yang dimuat naik, ia memaparkan Syasya dan suami, Nasrullah Mohd. Sapie memegang helaian akhbar tertera mereka akan menyambut kelahiran bayi sulung.

“Baby Emon is on the way (baby Emon bakal dilahirkan),” tulis paparan akhbar terbabit.

Turut menitipkan rasa syukur, atas kehamilan berkenaan, Syasya juga turut dilihat memegang ‘baby bump’ di samping suami tersayang.

Sebelum ini, viral video yang menampakkan ‘baby bump’ penyanyi itu yang semakin membesar ketika berjalan di dalam air sambil dipimpin suaminya pada awal bulan lalu. 

Pada Jun lalu, Syasya pernah menafikan khabar angin dia sudah berbadan dua sebaliknya ‘baby bump’ yang didakwa ramai itu hanyalah perut buncit dan pertambahan berat badan.

Syasya melangsungkan pernikahan dengan Nasrullah dalam majlis tertutup yang berlangsung pada 21 April lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button