Cerita ArtisHiburan

Bekas Isteri Shuk Sahar, Rossa Serra Didakwa Jadi Penyondol… Jalin Hubungan Dengan Suami Orang

Bekas isteri kepada pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar, Rossa Serra telah didakwa menjadi penyondol apabila dikatakan menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Perkara berkenaan telah didedahkan oleh seorang individu yang menggunakan nama @jannalis4_ menerusi perkongsian di Insta Story.

“Assalamualaikum & hi. Let me tell U guys something Rossa Serra bercinta dengan suami orang. Dah banyak kali peluang diberikan untuk berhenti mengganggu lelaki tersebut tetapi Rossa Sera masih melayan.

Dengan alasan lelaki tersebut yang mencari. Memang betul, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi,” dedah individu berkenaan.

Menurutnya lagi, isteri kepada lelaki berkenaan telah mengajak Rossa untuk berjumpa setelah dipaksa dan Rossa memberi jaminan untuk tidak lagi mengganggu suaminya.

Bagaimanapun, individu itu memberitahu bahawa jaminan berkenaan adalah tidak benar dan sekadar mahu menutupi mata isteri sah.

“Percintaan Rossa Serra dengan suami orang bersambung di game ya. Sampainya hati awak Rossa Serra. Satu Malaysia kena tipu. Patutlah asyik sorok muka lelaki tu. Tu laki orang! Tuang tu propa.

“Sikit langkah lagi andan sudah menghancurkan rumah tangga orang. Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah membalas segala perbuatan kamu.

“Dan semalam di depan isteri sah & anak-anak, si suami memilih Rossa Serra berbanding isteri sah. Terima kasih Rossa Serra. Semoga Allah sahaja yang membalas semua ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
3
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button