Cerita ArtisHiburan

Bekas Kekasih Desak Naim Daniel Akui ‘Sumpah’ Hak Cipta Bersama

Bekas kekasih penyanyi Naim Daniel, Siti Amirah Dayana Amerullah, 21, menuntut penyanyi itu tampil berlaku jujur bahawa lagu Sumpah yang memenangi Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) adalah ciptaan mereka bersama.

“Saya hanya mahukan Naim untuk berterus-terang dan berlaku jujur lagu Sumpah itu adalah ciptaan kami berdua.

“Saya berikan tempoh seminggu kepada Naim membuat pengakuan secara terbuka bahawa lagu Sumpah adalah ciptaan kami bersama.

“Saya harap dia berlaku jujur pada diri sendiri. Dia tak aware dengan undang-undang apabila dia buat video kalau ada orang nak tuntut hak cipta bersama, just email dia. Dia sendiri tak faham undang-undang (bila dia bercakap begitu).

“Tapi kalau contoh dia daftarkan nama saya secara tidak langsung saya akan dapat royalti, tapi royalti adalah nombor dua. Saya cuma menuntut dia berlaku jujur sahaja dengan memberitahu perkara sebenar kepada peminatnya,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui di Villa Damansara, Petaling Jaya hari ini.

Menurut peguam Dayana, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, anak guamnya memberikan tempoh seminggu untuk Naim membuat pengakuan terbuka.

“Pengakuan itu boleh dibuat menerusi video di laman sosialnya atau sesi sidang media. Tapi sebaiknya, anak guam saya lebih cenderung untuk Naim datang berbincang dengannya,” katanya.

Dayana terpaksa tampil menuntut hak tersebut selepas Naim menidakkan ‘kewujudannya’ dalam penghasilan melodi dan lirik lagu Sumpah.

Menurut Dayana, lagu Sumpah yang diterbitkan pada 2018 merupakan hasil ciptaan mereka bersama pada 2015 ketika mereka sedang bercinta. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button