AntarabangsaHollywood

Bekas Suami Ceroboh Lokasi Majlis Pernikahan Britney Spears Sambil Buat Live Di Instagram

Bekas suami kepada penyanyi popular Britney Spears iaitu Jason Alexander telah bertindak menceroboh lokasi pernikahan penyanyi itu dan Sam Asghari.

Menerusi laporan TMZ, Jason telah menceroboh sambil membuat live di Instagram serta sempat bertanya kepada pengawal di mana bekas isterinya itu.

Sempat masuk ke lokasi pernikahan itu, namun dia telah dibawa keluar dan satu laporan polis telah dibuat atas tindakan tersebut.

Setelah anggota polis datang, pemeriksaan dilakukan ke atas dirinya dan dia dapati mempunyai waran tangkap atas kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini.

Britney dan Jason pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2004 dan mereka merupakan rakan sejak dari kecil lagi, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama 55 jam sahaja.

Kemudian Britney dan Sam mengambil keputusan untuk berkahwin setelah kedua-duanya sudah tinggal bersama selama enam tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button