PopularViral

Beli Makanan Di Bazar Ramadan, Gadis Luah Rasa Kecewa Rangka Ayam Dibeli Bapanya Penuh Isi Perut Ayam

Seorang gadis meluahkan rasa kecewanya apabila rangka ayam yang dibeli bapanya di Bazar Ramadan masih penuh dengan isi perut ayam.

Gadis yang menggunakan nama Twitter @pikasekri itu berkata, dia terkejut untuk mikmati hidangan rangka ayam itu sewaktu berbuka puasa.

“Sampainya hati jual kat orang berpuasa macam ni. Abah ada beli rangka ayam RM5 dekat bazaar. Bila nak berbuka tu, terkejut tengok dalam rangka tu penuh isi perut ayam.

“Tak siang ke? Tengokla pedal pun tak cuci. Semata rangka celup tepung,” ujar gadis berkenaan.

Dalam pada itu, tindakan gadis berkenaan memuatnaik thread berkenaan di Twitter mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen.

Malah, ada segelintir yang menyelar dan memarahi tindakannya itu dan mahu dia berjumpa terus dengan peniaga berkenaan.

“Ada orang marah i sebab i buat thread ni. Katanya i patut husnudzon and cakap dengan tuan kedai tu. Kalau i beli i buat macam tu. Tapi abah yang beli dan takmau panjangkan cerita. Jadi tujuan thread ni hanya utk penambahbaikan semua pihak. I tk mention pun mana-mana.

“Ini cuma tweet awareness je untuk consumer dan seller. Masing2 ambil iktibar. I taknak mention stall tu sbb bukan dia je. Bukan niat i nak bagi dia tutup kedai. Pihak berwajib pun perlu pantau semua stall bazaar ni bukannya lepas tangan. Kalau i dengki, dah lama I mention,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button