Cerita ArtisHiburan

Bella Astillah Dakwa Sophia Albarakbah Berbohong, Terus Balik Lepas Aliff Aziz Buat Persembahan

Pelakon popular, Bella Astillah mendakwa Sophia Albarakbah berbohong ketika menjawab soalan wartawan mengenai isu kehadirannya di program All Stars Gegar Vaganza baru-baru ini.

Bella mendedahkan, nama Sophia juga tiada dalam senarai tetamu, malah dia kelihatan bergegas keluar daripada auditorium selepas menonton persembahan suaminya, Aliff Aziz.

“Ya Allah masih nak menipu stay lepas persembahan Liza Hanim… Serius la dia (Sophia) ini. Sudahlah nama tak ada dalam senarai tetamu.

“Selepas Aliff menyanyi dia terus gerak balik. Sudahlah duduk depan wartawan, lepas itu nak menipu lagi. Tapi tak hairanlah dia ini dah biasa menipu dan putar belit,” katanya.

Bella berkongsi kenyataan berkenaan menerusi satu posting yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Sebelum itu, Sophia memaklumkan kehadirannya ke program berkenaan sekadar memberi sokongan terhadap sepupunya iaitu penyanyi Aisha Retno yang membuat persembahan di GV Live Plus.

Pelakon filem Jerangkung Dalam Almari itu juga menafikan dakwaan kehadirannya disebabkan mahu menonton persembahan salah seorang peserta iaitu Aliff yang pernah dikaitkan dengan dirinya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button