AntarabangsaHollywood

Bella Hadid Dinobat Wanita Miliki Kecantikan Paling Sempurna Di Dunia

Supermodel Bella Hadid dinobatkan sebagai wanita yang memiliki kecantikan paling sempurna di dunia menerusi satu kajian saintifik, Golden Ratio of Beauty Phi.

Menurut kajian itu, kecantikan Bella 94.35 peratus sempurna yang mana ia menilai rupa paras selebriti popular dari seluruh dunia.

“Mata, kening, hidung, bibir, dagu, rahang pipi dan bentuk muka Bella adalah yang paling sempurna sekali mengikut idea kecantikan asli orang Greek lama,” memetik laporan Daily Mail.

Penyanyi popular, Beyonce pula berada di kedudukan kedua dengan ratio kecantikan sempurna 92.44 peratus diikuti aktres dan model Amber Heard (91.85 peratus) di tempat ketiga serta Ariana Grande di tangga keempat (91.81 peratus).

Kajian itu turut mengiktiraf kecantikan enam lagi selebriti popular dunia di kedudukan 10 teratas iaitu Taylor Swfit di tempat kelima dengan 91.64 peratus, supermodel Kate Moss (91.05 peratus), Scarlett Johansson (90.91 peratus), Natalie Portman (90.51 peratus), Katy Perry (90.08 peratus) dan Cara Delevigne (89.99 peratus). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
2
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button