Cerita ArtisHiburan

Belum Lengkap Dua Dos Vaksin Covid-19, Amerul Affendi Dapat Pengecualian Boleh Berlakon… Alami Simptom Teruk Lepas Dapatkan Dos Pertama

Pelakon popular Amerul Affendi mendedahkan dirinya mengalami simptom yang teruk setelah mendapatkan dos pertama untuk vaksin Covid-19 jenis Pfizer.

Amerul berkata, antara simptom tersebut adalah alahan yang teruk, ruam seluruh badan dan lelah yang dialaminya sehingga sekarang.

“Sewaktu kecil saya pernah alami lelah dan alahan kepada makanan laut dan kemudian ia hilang ketika saya berada di tingkatan dua.

“Setelah saya mengambil vaksin untuk dos pertama, lelah dan alahan itu muncul semula dan mungkin saya antara yang tidak bernasib baik,” ujarnya.

Amerul berkata, akibat daripada masalah yang dialaminya, dia telah pun berhubung dengan pihak hospital kerajaan dan dalam proses bagi mengenalpasti jenis vaksin yang sesuai untuk dirinya.

Meskipun belum melengkapkan dos kedua, pelakon itu memberitahu dia masih dibenarkan untuk meneruskan kerjaya lakonannya setelah diberikan pengecualian oleh pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

“Saya sudah mendapatkan surat daripada pihak pakar di hospital tentang masalah ini dan saya sudah memaklumkan kepada pihak Finas dengan menunjukkan surat tersebut sebagai bukti.

“Pihak Finas pun sudah memberikan pengecualian dengan memberikan kebenaran kepada saya untuk berlakon sekiranya ada tawaran, asalkan saya terus mematuhi SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, akibat daripada masalah kesihatan yang dialaminya, Amirul memberitahu dia tidak dapat menghabiskan penggambaran drama Jangan Ganggu Jodohku.

“Disebakan itu pihak produksi telah membuat keputusan untuk menukarkan saya dengan Aloys Paradoks yang juga sebagai penulis skrip untuk membawakan watak jin bernama Abu,” ujarnya.

Jangan Ganggu Jodohku mengisahkan tentang Aliza yang mempunyai kebolehan untuk melihat roh yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Malangnya, perkara ini membawa kepada roh-roh itu mengganggunya.

Sejak kecil Aliza sudah berkawan dengan jin bernama Abu yang selalu menyelamatkan Aliza daripada diganggu. Namun, Abu sebenarnya sudah jatuh cinta pada Aliza.

Drama yang turut menampilkan Shaza Bae dan Yusof Bahrin selaku teraju utama itu akan disiarkan di saluran Astro Ria mulai 29 November ini menerusi slot Mega Drama. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button