HiburanSelebriti

Belum Sempat Siap Warnakan Rambut, Kelly Azman Tiba-Tiba Bercatwalk Pergi Beli Pisang Goreng

Selebriti sensasi Kelly Azman menjadi perhatian ramai gara-gara gelagat bersahaja apabila dilihat berjalan di tengah-tengah panas sebelum sempat rambutnya siap diwarnakan di sebuah salun baru-baru ini.

Menerusi satu video yang menjadi viral, selebriti itu yang dikatakan sedang mewarnakan rambut di salun Ve’Era di Tasek Gelugor, Pulau Pinang kelihatan sedang berjalan ditemani seorang lelaki untuk membeli pisang goreng.

Ternyata tindakannya itu telah menarik perhatian orang ramai yang rata-ratanya terkejut dengan tindakan Kelly.

Menceritakan tentang kejadian berkenaan, Kelly memberitahu dia dipanggil ke salun Ve’Era di Tasek Gelugor, Pulau Pinang untuk memperkenalkan produk Ve’Era care dan rangkaian syampu di salun milik Gin V.

“Kemudian dia menawarkan saya untuk warnakan rambut dan yang melucukan ketika sedang menunggu warna rambut siap saya tiba-tiba rasa lapar.

“Tidak dinafikan Pulau Pinang sangat terkenal dengan makanan dan saya kemudiannya terus keluar dan melintas jalan berhampiran salun itu untuk pergi membeli pisang goreng,” jelasnya.

Kelly berkata, dia tidak menyangka dalam keadaan dirinya masih memakai baju salun dan rambut separuh berwarna itu, ramai yang memandang pelik padanya sampai ada yang merakam dan memuatnaik video di media sosial.

Ujarnya, ramai juga yang mengecam tindakannya berjalan di kaki lima dan tepi jalan raya dalam keadaan sedemikian.

“Ada segelintir netizen yang berasa pelik… ada yang cakap kenapa saya ni feeling, tak boleh habiskan dulu siapkan rambut di salun?

“Lebih melucukan lagi, penjual pisang goreng pun tercengang melihat saya tengah-tengah panas dalam keadaan sedemikian,” ujarnya.

Menurutnya, dia tidak mempedulikan tanggapan ramai, namun tidak menyangka sampai dirinya menjadi perhatian. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button