Cerita ArtisHiburan

“Benar Sekali, Iman Tidak Dapat Diwarisi…” – Ridhuan Tee Akhirnya Bersuara Berkenaan Isu Babitkan Video Anaknya Bercium

Setelah pelakon Syafi Tee menjadi sebutan netizen sejak beberapa hari lalu, akhirnya ayah pelakon berkenaan yang juga pendakwah dan penceramah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah akhirnya tampil bersuara.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ridhuan menjelaskan dia tidak dapat memberi kenyataan segera kerana sibuk dengan tugasnya.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kerana ramai yang mengambil berat. Ramai yang sayang saya dan keluarga saya. Kepada yang bersama saya, memberikan nasihat, menegur cara baik, moga Allah merahmatimu.

“Kepada yang bertepuk tangan dan bergembira, terima kasih juga seadanya. Apa yang berlaku, tidak akan menghalang saya untuk meneruskan kehidupan ini,” jelasnya.

Sebelum ini, telah tersebar satu video di TikTok yang kini menjadi viral, didakwa pelakon tersebut yang telah mencium bibir seorang wanita.

Dalam pada itu, pendakwa berkenaan juga menyatakan dia akan terus menjalankan tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran sama ada menerusi lisan atau tulisan, meskipun terhadap anak sendiri.

“Umat Islam hari ini terutama anak-anak Melayu Islam kita perlu diselamatkan walaupun yang terpaksa diselamatkan itu anak sendiri. Ini suatu ujian daripada Yang Maha Esa dan Maha Pencipta. Ujian ini akan terus mematangkan kita.

“Benar sekali, Iman tidak dapat diwarisi. Tidak dapat dijual beli. Moga semua ini tidak terjadi kepada kalian semua. Ya, saya akui saya ada kelemahan. Saya tidak sempurna.

“Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mampu untuk menyelamatkan anaknya, inilah pula diri saya, hamba Allah yang hina-dina ini.

“Saya sudah melakukan yang terbaik untuk semua anak saya seramai enam orang. Begitu juga saudara mara saya. Selebihnya saya berserah dan pasrah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
3
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button