Cerita ArtisHiburan

“Bercinta Dengan Orang Lain, Nikah Dengan Orang Lain” – Jasmin Hamid Kini Kembali Bergelar Isteri

Selain penyanyi Haqiem Rusli, pelakon popular Jasmin Hamid juga sudah berumah tangga dan kembali bergelar seorang isteri hari ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“Salam Jumaat…Syukur alhamdulillah.. Bercinta dengan orang lain.. Nikah dengan orang lain.. Sebagai seorang hambaNya yang BERIMAN, wajib percaya bahawa.. JODOH,MAUT dan REZEKI adalah RAHSIA ALLAH..

“Semoga dengan pernikahan ini adalah salah satu jalan untuk kami lebih dekatkan diri pada ALLAH SWT.. Ia juga adalah BERKAT DOA Ibubapa,sanak saudara, sahabat handai yang penyokong saya di mana kalian sentiasa doakan yang baik-baik buat saya,” tulisnya.

Bagaimanapun, pelakon yang mula popular sekitar era akhir 80-an itu tidak memaklumkan siapakah lelaki yang menjadi suaminya itu.

Pada masa sama, Jasmin juga berharap agar tiada pihak yang berkecil hati apabila tidak diundang ke majlis pernikahannya itu.

“Saya hanya buat yang AFDHAL sahaja.. Janganlah ada yang berkecil hati.. Tiada majlis pun, hanya ahli keluarga sahaja,” jelasnya.

Sebelum ini, pelakon berkenaan pernah mendirikan rumah tangga dengan Ian Rashid Macquistan pada tahun 2000, namun mereka berpisah lapan tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Rohana, 31, Lukhman Hakim, 25 dan Ian Haziq, 19. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
+1
1
+1
0
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button