Cerita ArtisHiburan

Berhadapan Pelbagai Rintangan, Aaron Aziz Lega Sayu Yang Syukur Akhirnya Ditayangkan Setelah Lapan Tahun

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa leganya apabila filem kedua arahannya Sayu Yang Syukur akhirnya ditayangkan di pawagam seteleh terperap selama lapan tahun sejak 2015.

Aaron berkata, pelbagai rintangan yang terpaksa dihadapi, termasuk berdepan cabaran pandemik Covid-19 sehingga tayangan filem arahannya itu terpaksa ditangguhkan.

“Salah satu sebab filem ini lambat ditayangkan kerana proses suntingan dilakukan mengambil masa yang agak lama memandangkan versi asal terlalu panjang.

“Kemudian, apabila sudah bersedia untuk ditayangkan, pandemik Covid-19 pula melanda negara sehingga ia terpaksa ditangguhkan lagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis Tayangan Perdana Filem Sayu Yang Syukur yang berlangsung pada minggu lalu.

Filem kedua arahan Aaron itu turut menampilkan beliau selaku teraju utama selain Nora Danish, Arja Lee, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Raja Ema, AR Badul dan ramai lagi.

Akan ditayangkan di pawagam mulai 28 Disember ini, Sayu Yang Syukur mengisahkan tentang Liana (Nora) yang terlibat dalam kemalangan semasa pulang ke kampung dan ditemui Qudaim (Aaron).

Pertemuan tersebut menjadi satu permulaan baharu buat Liana apabila maruahnya tercalar sekali gus bimbang sekiranya nama baik keluarganya turut terjejas.

Berkongsi mengenai pembikinan filem tersebut, Aaron mengakui ia memberi cabaran tersendiri apabila penggambaran dilakukan selama 60 hari sehingga membuatkan dirinya sedikit tertekat, kurang tidur serta jarang dapat bertemu keluarga.

“Pada mulanya saya hanya ditawarkan berlakon sahaja, tetapi penerbit terus menawarkan saya agar turut mengarahkan filem ini dan terus bersetuju setelah membaca skripnya.

“Apa yang penting, saya diberikan kebebasan selaku pengarah, termasuk dari segi pemilihan pelakon serta dan olahan jalan ceritanya,” ujar beliau. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button