Cerita ArtisHiburan

“Berita Pertunangan Saya Dan Fasha Tidak Benar” – Aidil Aziz

Pelakon Aidil Aziz menegaskan tentang berita yang mengatakan dia dan Fasha Sandha sudah bertunang adalah tidak berasas sama sekali.

Aidil berkata, buat masa ini jadual lakonannya terlalu padat dengan tawaran yang tidak putus-putus dan mahu fokus sepenuhnya kepada kerjayanya sekarang.

“Sudah tentu cerita yang tersebar tentang pertunangan saya dan Fasha tidak benar, biarpun saya akui hubungan kami berdua memang rapat.

“Lagipun kami berdua di bawah satu pengurus yang sama dan itu yang membuatkan kami akrab. Kalau ada sebarang berita baik nanti, sudah tentu kami akan umumkan kepada semua,” ujarnya.

Pelakon itu berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran Media House Entertainment, Wisma Trex yang berlangsung semalam.

Aidil mengulas mengenai berita tentang pertunangan dia dan pelakon berkenaan yang tersebar baru-baru ini sehingga bekas suami Fasha turut mengucapkan tahniah menerusi satu posting di Instagram.

Dalam pada itu, ketika diminta mengenai segelintir komen yang mengatakan dia mengambil kesempatan hubungan rapatnya dengan Fasha semata-mata mahukan populariti, Aidil menegaskan dia tidak kisah dengan pandangan tersebut.

“Pada saya rezeki itu semuanya datang daripada Allah dan saya sangat bersyukur dengan apa yang dinikmati sekarang. Lagipun niat saya hanya untuk mencari rezeki dengan terbabit dalam bidang ini.

“Mengenai tumpang populariti pula, apa yang boleh saya memang selesa berkawan dengannya. Lagipun saya sangat menghormati dirinya sebagai seorang kawan yang baik,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button