Cerita ArtisHiburan

Berkahwin Kali Ke-4 Dengan Penjual Ubi Kayu, Pinkan Mambo Kembali Peluk Agama Islam

Setelah tiga kali gagal dalam perkahwinan, penyanyi popular Indonesia, Pinkan Mambo kembali mendirikan rumah tangga bersama seorang penjual ubi kayu dan TikTokers popular, Arya Khan.

Apa yang menjadi tumpuan, dengan perkahwinan tersebut membuatkan penyanyi berkenaan kembali memeluk agama Islam setelah menganut Kristian.

Menurut Pinkan, dia kembali menganut agama asalnya setelah diminta oleh suaminya sendiri, Arya yang beragama Islam dan enggan berkahwin berbeza agama.

Pasangan ini melangsungkan pernikahan mereka pada tanggal 24 Disember 2023 bertempat di rumah Arya. Pinkan menerima mas kahwin bernilai Rp100 ribu (RM30).

Arya sememangnya dikenali ramai sebagai seorang TikTokers yang sering membuat live ketika berniaga ubi kayu di pasar. 

Pinkan Mambo atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo lahir sebagai seorang muslim sebelum membuat keputusan untuk pindah agama kepada Kristian pada tahun 2005. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button