Cerita ArtisHiburan

Berlaku Perselisihan Faham, Akhirnya Rakan Serumah Minta Maaf & Belikan Buah Untuk Soo Wincci

Penyanyi yang kini menetap di Sepanyol, Dr. Soo Wincci mendedahkan dia dan rakan serumahnya kini sudah kembali berbaik semula.

Soo Wincci berkata, rakan serumahnya itu juga sudah meminta maaf kepadanya terhadap apa yang berlaku sebelum ini.

“Hari yang ke-2 untukk puasa 6, housemate yg ada selisih faham dalam bulan puasa belikan saya buah tempatan utk meminta maaf.

“Semua dah ok. Saya juga dah belanja dia lauk raya. Kadang-kala memang perlukan masa, kesabaran & saling memaafkan. Bersyukur,” tulisnya menerusi satu posting di Instagram.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan mendedahkan telah berlaku perselisihan faham antara dirinya dengan orang tempatan hingga mengakibatkan dia terpaksa berbuka puasa pada pukul 12.00 tengah malam.

Ketika ini, Soo Wincci merupakan antara artis bukan Islam yang rajin berpuasa dan ia merupakan tahun ke-10 dia melakukannya.

Selain berpuasa di bulan Ramadan, dia juga turut mengamalkan puasa enam- KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Dr Soo Wincci

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
4
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button