Cerita ArtisHiburan

Bermula Dengan Hanya Scroll Di Instagram, Hati Aliff Aziz Terbuka Untuk Sertai Jemaah Tabligh

Tidak dinafikan nama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz sering menjadi sebutan gara-gara beberapa kontroversi yang melanda dirinya.

Bagaimanapun, artis kelahiran Singapura itu dilihat seperti sudah berubah ke arah kebaikan dan kini dilihat mula menyertai jemaah tabligh.

Dalam satu video yang dikongsikan di Instagram @dakwahtablighmalaysia, Aliff telah berkongsi mengenai kisahnya yang menyertai jemaah tersebut.

“Saya tengah scroll sosial media Instagram, saya pergi kat bahagian explore saya tekan bahagian perkongsian Faizal Ismail (FBI) dan sampai habis saya tengok di IGTV tu. Saya sendiri pun tak faham masa tu apa yang membuatkan saya tergerak hati nak pergi DM Dakwah Tabligh Malaysia dan bertanya macam mana nak kenal jemaah tabligh.

“Lepas tu mereka balas dan minta saya tinggalkan no telefon dan akan hubungi saya semula dan 3-4 hari kemudian saya mendapat What’s App daripada individu bernama Amar. Saya pun mula bertanya beberapa perkara kepadanya,” kongsinya.

Aliff berkata, sehari selepas mereka berhubung, dia telah dihubungi semula oleh Amar diberitahu mereka akan keluar (berdakwah) selama tiga hari yang akan disertai beberapa individu lain sehingga menimbulkan semangat buat dirinya.

Ujarnya, dia mempunyai masa selama dua hari untuk berfikir sebelum menyertai mereka serta beberapa persediaan yang perlu dibuat.

“Sehari sebelum nak pergi, malam tu saya tak boleh nak tidur dan rasa begitu debar. Kemudian saya teringat pada hari nak pergi tu saya ada temu janji dengan doktor dan beritahu Amar yang saya tidak dapat turut serta.

“Kemudian Amar pesan supaya saya selesaikan urusan yang penting dahulu. Pesannya lagi buat benda baik ni memang banyak ujian dan minta saya berdoa agar Allah mudahkan. Ternyata pesanannya itu memberi kesan kepada diri saya,” jelasnya.

Dalam perkongsian itu lagi, Aliff menyatakan setelah dia berfikir, kira-kira pukul 3.00 pagi dia telah menghubungi klinik dan memberitahu terapis membatalkan temujanji bersama doktor kerana ada urusan lain jadualkan semula pada minggu seterusnya.

Jelasnya, dia seterusnya menghubungi Amar dan mengatakan hasratnya mahu menyertai jemaah berkenaan serta meminta isterinya untuk menyiapkan segala kelengkapan.

“Pada mulanya Amar tak reply dan saya risau sampai saya tunggu sehingga waktu Subuh dan barulah dia reply dan bersyukur kerana saya dapat turut serta.

“Nak dijadikan cerita pula klinik tersebut secara kebetulan memang nak hubungi saya untuk beritahu yang doktor pakar tak ada pada hari berkenaan sebab ambil leave dan mereka memang nak jadualkan semula,” jelasnya.

Sementara itu, Aliff juga mengakui timbul perasaan segan dalam dirinya para peringkat awal memandangkan perlu bergaul dengan orang-orang alim.

Bagaimanapun, dia melihat bahawa kebanyakan mereka yang menyertai jemaah tabligh ini pada asalnya bukan seorang baik sebelum ini dan kemudian mahu lakukan perubahan menjadi lebih baik.

“Saya nampak benda tu depan mata saya. Saya datang dan melihat ada pelbagai latar belakang dan macam-macam jenis orang.

“Namun apa yang membezakan mereka semua tidak menilai tentang status sama ada orang tu dulu penagih atau gangster kerana semua orang di situ mempunyai usaha dan matlamat yang sama,” ujarnya.

Jelasnya, dia juga mengesyorkan kepada sesiapa sahaja untuk tidak melepaskan peluang sekiranya dapat menyertai jemaah tabligh. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button