FesyenGaya Hidup

Bermula Dengan RM50, Ashraf Anuar Kini Cipta Nama Dalam Dunia ‘Streetwear’

Tanggal 8 Februari Lalu menjadi detik bersejarah dalam industri fesyen Malaysia apabila SVG Worldwide melancarkan pertunjukan fesyen ‘solo’ pertamanya—Musim Bunga/Panas 2025 di The Yard, Sentul Depot. 

Muhammad Ashraf Khairul Anuar, atau lebih dikenali sebagai Ashraf Anuar berusia 25 tahun, mencipta fenomena dalam dunia ‘streetwear’ dengan mengadakan acara yang mentakrif semula batasan fesyen dan penceritaan.

Diberi judul “The Journey”, koleksi ini menggambarkan evolusi artistiknya, melambangkan tahun-tahun penuh berkembang, bereksperimentasi, dan ketekunan. Lebih daripada sekadar pameran fesyen, acara ini menandakan peralihan jenama ke era baharu—menegaskan identiti serta kebebasan kreatifnya.

Walaupun Ashraf pernah menganjurkan pertunjukan fesyen sebelum ini, acara kali ini adalah yang terbesar dan paling ambisi. Dengan 100 peragawan dan peragawati di pentas peragaan, ia bakal mencatat rekod sebagai pertunjukan fesyen jalanan ‘solo’ terbesar di Malaysia. 

Pelaburan sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan untuk produksi, pemasaran, dan reka bentuk, menjadikan pertunjukan ini satu pencapaian luar biasa dalam dunia fesyen tempatan.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman peminat fesyen, satu ‘Pop-up store’ di Starhill dari 9 hingga 16 Februari akan menawarkan akses eksklusif kepada koleksi edisi terhad. Selain itu, pertunjukan ini juga akan disiarkan secara langsung untu disaksikan untuk tontonan umum.

Ashraf Anuar: Dari RM50 ke Legasi Fesyen Beliau

Dari permulaan yang sederhana sehingga menjadi peneraju pertunjukan fesyen ‘Streetwear’ terbesar di Malaysia, perjalanan Ashraf Anuar dalam industri ini dibentuk oleh ketekunan dan daya usaha. Pada usia 18 tahun, beliau mula menjual pakaian terpakai, menghabiskan masa berjam-jam memilih pakaian unik.

Dengan hanya RM50 di tangan, beliau mengambil risiko mencetak edisi pertama kemeja-T, yang habis terjual dalam beberapa hari. Detik ini menjadi titik tolak kepada lahirnya jenama SVG Worldwide.

Dengan usaha gigih dan strategi penjenamaan yang kukuh, jenama ini kini berkembang menjadi syarikat bernilai jutaan ringgit. 

Hari ini, SVG Worldwide bernilai lebih RM5 juta, bukan sahaja sebagai jenama yang berjaya secara komersial tetapi juga sebagai ikon budaya fesyen jalanan.

Falsafah rekabentuk Ashraf berpusat pada gabungan ‘Streetwear’ dan penceritaan. Setiap koleksi direka dengan teliti untuk menyampaikan naratif unik, menggabungkan elemen grafik yang rumit, ilusi tiga dimensi, dan tekstur ber-eksperimentasi.

Ketekunan dalam inovasi dan konsep mendalam ini telah menjadikan SVG Worldwide jenama yang mendapat perhatian, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

Fesyen sebagai Medium Perbincangan Tamadun dan BudayaSelain ‘Aesthetic’, Ashraf Anuar melihat fesyen sebagai platform yang berkuasa untuk perbincangan budaya dan kesedaran sosial. 

Pertunjukan akan menampilkan persembahan istimewa oleh Faizal Tahir, sebagai penghormatan kepada Palestin, mencerminkan komitmen SVG Worldwide terhadap perjuangan melalui seni.

Penekanan terhadap mesej bermakna ini menunjukkan usaha Ashraf dalam menggabungkan fesyen dengan isu-isu global, menjadikan jenamanya lebih dari sekadar jenama.

Eksperimentasi ini terdahulu oleh beliau telah membuktikan pendekatannya yang berani dan inovatif. Dari mempersembahkan koleksi di trek perlumbaan sepanjang 800 meter di Petronas

Sepang International Circuit hingga mencipta format pertunjukan fesyen yang unggul, beliau terus mencabar norma industri. Gabungan budaya motorsport, estetika kontemporari, dan fesyen mewah menjadikannya salah seorang pemikir kreatif paling dinamik di Malaysia.

Masa Depan SVG Worldwide

Melalui “The Journey”, Ashraf Anuar bukan sahaja mengukuhkan statusnya sebagai pempengaruh dalam industri fesyen Malaysia, tetapi juga menetapkan penanda aras baharu bagi jenama fesyen ‘Streetwear’.

Dengan menganjurkan pertunjukan fesyen terbesar ini, menampilkan 100 peragawan dan peragawati dengan pelaburan RM3 juta, Ashraf membuktikan bahawa jenama tempatan mampu menyaingi kuasa besar fesyen antarabangsa.

Pencapaian ini dijangka memberi inspirasi kepada pereka lain untuk menganjurkan pertunjukan fesyen berskala mega, sekali gus mengangkat industri fesyen Malaysia ke peringkat antarabangsa.

SVG Worldwide bukan lagi sekadar jenama fesyen—ia adalah satu gerakan yang didorong oleh keaslian, inovasi, dan visi artistik yang tidak berkompromi.

Dengan menggabungkan ‘streetwear’ dan fesyen tertinggi, mencabar batas kreativiti melalui persembahan runway yang tidak konvensional, serta mengekalkan naratif sosial dan budaya yang kuat, SVG Worldwide muncul sebagai kuasa perintis dalam industri ini.

Ketika dunia fesyen menantikan perkembangan seterusnya, satu perkara pasti: ini baru permulaan kepada transformasi global fesyen ‘streetwear’ oleh Ashraf Anuar. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button