HiburanSelebriti

Bermula Sebagai Seorang Jururawat, YB Rara Tak Sangka Kini Bergelar Ahli Politik


Bicara Petang Buletin FM bersama Haiza & Hanif Miswan sempenan meraikan Hari Wanita menyaksikan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, 33 tahun diundang sebagai tetamu.

Segmen Close Up di Bicara Petang Buletin FM fokus pada sisi lain YB Rara dan bagaimana beliau mula bergiat aktif dalam bidang politik.

YB Rara mula aktif dalam bidang politik pada usia 24 tahun.

Beliau belajar dalam bidang kejururawatan, dan bermula karier sebagai ‘private nurse home’ menjaga orang sakit di rumah selama setahun dan turut bekerja di klinik di Puncak Alam sebagai jururawat.

YB Rara turut turun di jalanan untuk membantu orang ramai serta mula sertai ceramah politik kerana keluarga turut giat aktif menyertai aktiviti ceramah politik.

“Saya tak sangka saya akan sertai politik. Mula rasa seronok bila turun jalanan sebab dapat tahu realiti sebenar masalah rakyat.”

“Saya menyertai parti politik yang agak kontroversi di mata masyarakat Melayu. Saya sertai parti politik DAP yang majoritinya adalah bangsa Cina. Tapi ini pilihan saya kerana saya pandang pada hala tuju dan prinsip parti untuk tujuan politik, bangsa dan negara. 

“Peluang, ruang dan kepercayaan yang diberikan kepada saya, amat saya hargai kerana peluang tu amat sukar untuk dapat,” jelasnya.

Ujarnya, sebagai seorang ahli politik Melayu-Wanita yang menyertai parti politik bukan Melayu, banyak cabaran untuk membuktikan kemampuannya sehingga menang dan diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Bentong pada Pilihan Raya ke-15 lalu.

Beliau mengatakan tugas sebagai wakil rakyat amat sukar pada permulaan kerana beliau perlu mempunyai hati yang keras dan ‘kulit yang tebal’. 

Digelar pengkhianat Melayu dan perempuan tiada maruah oleh masyarakat, YB Rara terus bangkit untuk ‘educate’ masyarakat tentang prinsip dan tujuan politik yang sebenar.

“Kepada wanita di luar sana, jangan takut sertai politik. Jangan takut nak buat apa saja dalam pelbagai bidang, bukan hanya politik. Kita kena yakin dan tahu apa yang kita perlu buat.

“Permulaan saya dalam politik ini memang sesuatu yang tidak disangka kerana saya tidak pernah terfikir akan masuk politik. Niat saya hanya mahu membantu rakyat di lapangan,” ujarnya.

YB Rara mengakui ada perasaan takut untuk sertai politik kerana ia didominasi oleh lelaki dan senior serta orang yang lebih lama dan besar.

“Saya macam ikan bilis je kecil dan tiada pengalaman. Tapi lama-kelamaan saya banyak belajar dan ia amat bermakna bagi saya. 

“Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengalami banyak perkara perit dalam dunia politik dan siapa sangka akhirnya beliau menjadi Perdana Menteri ke 10,” ujarnya.

Perbualan penuh Close Up Bicara Petang Buletin FM bersama YB Rara boleh didengari di www.buletinfm.audio serta aplikasi Audio+

Dengarkan Bicara Petang bersama Haiza & Hanif Miswan setiap Isnin hingga Jumaat jam 3 hingga 7 petang di frekuensi Lembah Klang 101.3FM. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button