Cerita ArtisHiburan

‘Berperang’ Dengan Haqiem Rusli, Asfan Shah Enggan Panjang Isu

Penyanyi Asfan Shah menyifatkan isu ‘pergaduhannya’ dengan Haqiem Rusli sudah pun selesai selepas penyanyi muda itu memohon maaf kepadanya baru-baru ini.

Menurut Asfan, dia enggan memanjangkan isu tersebut kerana ia hanya satu salah faham yang berlaku di antara mereka berdua.

“Sebenarnya tiada apa isu pun cuma sedikit salah faham. Haqiem pun sudah minta maaf secara peribadi  dengan menelefon saya.

“Kami dah berbaik dan saya pun dah maafkan atas apa yang dia cakapkan dan saya pun turut meminta maaf. Kami tiada masalah, cuma netizen yang lebih suka memanjangkan cerita ini,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Asfan ditemui pada majlis berbuka puasa Rusa Music & MVM Production di Hotel Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Salah faham di antara Asfan dan Haqiem dikatakan bermula apabila Haqiem ‘menuduh’ Asfan mencuri melodi lagunya yang berjudul Jatuh Bangun baru-baru ini.

Asfan kemudiannya memuat naik satu status mempersoalkan apa yang dikatakan Haqiem sehingga mencetuskan ‘perang’ di antara mereka.

Menurut Asfan, tujuannya menegur adalah bersifat sebagai seorang abang kepada adik dalam industri hiburan dan bukan niatnya untuk memperlekehkan Haqiem.

“Saya ambil pendekatan tegur Haqiem umpama seorang abang kepada adik, bukannya seorang senior kepada junior. Bagi saya, Haqiem memang seorang artis dan komposer berbakat besar.

“Lepas ini, kalau nak bercakap tentang apa-apa saya akan lebih berhati-hati. Saya doakan Haqiem terus berjaya dalam apa yang dia buat,” katanya lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button