Cerita ArtisHiburan

Beto Kusyairy Seronok Bawa Tiga Watak Sekaligus Dalam Drama Scammer 2

Pelakon popular Beto Kusyairy mengakui rasa seronok apabila memainkan tiga watak sekaligus dalam drama Scammer 2.

Beto berkata, setiap watak yang dibawakannya itu bukanlah satu cabaran buat dirinya, tetapi mengganggap ia sebagai satu tanggungjawab.

“Setiap kali saya terima atau setuju untuk sesuatu projek,saya anggap sebagai satu tanggungjawab yang diberikan kepada saya dan untuk ini saya tak anggap ia cabaran tapi tanggugjawab pada watak . Untuk drama kali ini saya diberi watak memainkan 3 watak sekaligus.

“Watak asal iaitu Taqriz, watak dalam misi iaitu watak Takim dan Taufiq. Tuntutan dari situ , emosi dan fizikal agak berat namun itu satu keseronokan buat saya. Itulah antara tuntutan yang paling tinggi iaitu emosi dan fizikal. Ada banyak scene fighting. Emosi juga berat dan macam-macam lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan juga menyatakan ia bukanlah satu tekanan buat dirinya apabila membintangi Scammer 2 apabila musim pertama mendapat sambutan hangat dan sukses.

“Semua sedia maklum bila kita buat series bermusim, pastinya org akan membandingkan season 1, 2 or 3… dan season sebelumya . Utk Scammer 2, saya yakin org akan banding dengan musim pertama.

“Saya tidak letak atau rasa pressure sebab musim kedua, masih dalam timeline yang sama tetapi dari sudut kesinambungan tidak bersambung dari musim 1. Totally different story,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia pernah menjadi mangsa scam, Beto mengakui dia hampir-hampir pernah melalui keadaan tersebut.

“Saya tak pernah kena scam tapi cubaan utk ‘menyescam’ itu ada. Saya boleh agak kalau dapat panggilan dari seseorang nak scam ini.

“Saya dah boleh tahu yg org tu nak scam dan nakalnya saya, saya cuba layan dan tengok ke mana dia nak bawa. Cara dia mengayat dan sebagainya. Scammer tu give up  dan dia letak telefon,” ujarnya.

Drama Scammer 2 sudah mula ditayangkan pada 18 April lalu sebanyak 24 episod di Saluran Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 11.00 malam. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button