HiburanSelebriti

“Biar Betul Anak Datuk K Berguru Dengan Scammer?” Asyraf Khalid Beri Penjelasan Berguru Dengan Azizan Osman

Usahawan Asyraf Khalid yang juga anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui dia sudah kerap kali mendengar cerita yang tidak berasas tentang Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Sepanjang tiga tahun berguru, Asyraf menyifatkan Azizan sebagai seorang guru dan mentor yang banyak memberi ilmu tentang dunia perniagaan.

”Biar betul anak Datuk K berguru dengan scammer? Ayat ini adalah ayat yang banyak kali saya dengar sepanjang tiga tahun berguru dengan Dato Wira Dr Azizan Osman (Doc).

”Yes Doc adalah guru dan mentor saya dalam dunia perniagaan. Tapi apa yang orang cakap pasal Doc, banyak yang tak betul.

”Jadi saya rasa sebagai salah seorang usahawan yang beliau bimbing dan tranformasi, saya perlu perjelaskan perkara ini,” ujarnya menerusi satu perkongsian di Instagram.

Menurutnya, Azizan merupakan jurulatih perniagaan yang sudah membantu banyak perusahaan kecil & sederhana (PKS) di Malaysia untuk mencapai jualan dalam jutaan ringgit.

Jelasnya, dia bersama isteri iaitu pelakon Tya Arifin juga merupakan salah seorang ‘Titan Premier’ yang membawa jenama Mutyara.

“Both saya dan isteri dah belajar dengan Doc selama tiga tahun terakhir. Alhamdullillah, business kita juga berjaya untuk grow dah sustain dalam keadaan ekonomi yang mencabar, asbab guidance dari Doc yang sentiasa menyediakan kita untuk hadapi apa-apa situasi. 

“Asbab bimbingan dari Doc yang sentiasa menyediakan kami untuk hadapi apa-apa situasi, kami dapat jadi seperti yang anda lihat hari ini. Antara jenama lain yang Doc bimbing yang juga merupakan ‘classmates’ saya seperti Sabella, Noir, PTTI, Faith Fluer, Eskayvie, Andalusia, Hasnuri, Nurraysa dan banyak lagi,” tulisnya.

Ujarnya, antara pencapaian yang dilihat sangat berjaya untuk PKS adalah Sabella yang berjaya buat jualan lebih dari RM100 juta untuk dua tahun berturut-turut serta Eskayvie yang sehingga Mei lalu saja dah mencapai lebih dari RM100 juta.

“Banyak lagi jenama lain atau pengasas yang sebenarnya asal dari zero yang Doc sudah bimbing sehingga menjadi terkenal malah ada juga bisnes yang dah lama, tapi stuck sebelum transformasi bahkan grow apabila belajar bersama Doc.

“Bagi saya bisnes ini memang tak mudah, tapi saya bersyukur Doc sentiasa ada untuk bantu capai apa yang saya nak capai. Jujurnya, saya ni adalah seorang anak murid yang tak bagus, tapi Doc tak pernah putus asa dan buat macam-macam proses untuk pastikan saya menjadi orang lebih baik malah pemimpin yang bagus.

“Hasil bimbingan Doc, saya rasa dunia sudah banyak berubah. Hari ini, hubungan saya dengan Allah, mak ayah, isteri, anak-anak & orang sekeliling adalah jauh lebih baik dari dulu. Perniagaan kita juga alhamdullillah, semakin dikenali dan dipercayai ramai orang,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button