Cerita ArtisHiburan

“Bila Buka DM Sendiri Sehari Beratus DM Mintak Bantuan” – Ozlynn Cuba Bantu Mereka Yang Memang Memerlukan

Pelakon popular Ozlynn mengakui menerima beratus mesej (DM) sehari daripada mereka yang ingin memerlukan bantuan.

Ozlynn berkata, dia berasa kasihan kepada kepada yang tidak bekerja dan tidak mempunyai gaji serta akan cuba membantu.

“Kaasihan pada yang xde kerja xde la gaji.. banyak sektor-sektor yang tersepit..

“Bila bukak dm sendiri sehari beratus dm mintak bantuan.. selagi boleh aku bantu,” tulisnya.

Menurut Ozlynn dalam memberikan bantuan, dia hanya akan membantu mereka yang betul-betul memerlukan sahaja.

Jelasnya, buat masa ini ada juga segelintir yang suka mengambil kesempatan untuk mendapatkan bantuan.

“Ccuma bukan la IG private, IG yang baru buat, IG yang dah lama x aktif.. sebab dalam keadaan mcm ni ramai jugak yg amik kesempatan.. kasihan pada yang benar-benar memerlukan.. nak beli susu anak, barang dapur memang aku cuba usahakan.

“Tapi kalau yang kena kejar ah long, umah dah x bayar 3 bulan, Allahu, maaflah.. mmg x le teman berdaya.. Semoga kita semua kembali seperti dulu.. ceria dan dapat bersama-sama keluarga tanpa ada rasa was-was.. sampaikan mak x sihat pun kita x boleh jenguk,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button