PopularViral

“Bila Kerajaan Umumkan Mask Perlu Ada Kelulusan SIRIM, Itu Jadi Masalah Saya Ker?” – Nurulhidayah Hanya Jadi Duta Face Mask Tanpa Dapat Bayaran

Baru-baru ini agak kecoh apabila kerajaan menetapkan agar pelitup muka bukan perubatan yang diwajibkan mempunyai perakuan dan penandaan Sirim sehingga membuatkan ramai yang tidak berpuas hati.

Malah, anak kepada Presiden Umno iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid juga menerima kecaman gara-gara wajahnya yang terpampang pada kotak Surgical Mask SimplyK, di mana face mask berkenaan mendapat perakuan Sirim.

Mungkin ramai yang menyangka bahawa dia menjalankan perniagaan face mask, akhirnya Nurulhidayah tampil menjelaskan keadaan sebenar.

“Salah seorang kenalan sy ni nak invest bukak kedai 100% jual mask. Datang approach sy kalau sy nak invest. Saya bgtau dia manalah sy nak cari duit invest masa skrg ni. Nak bayar overhead bulan2 lagi. Ok to cut the long story short, sy bgtau dia sy akan bantu juga tp guna muka sy dan sy akan tolong promote. 

Dari situlah, kawan sy ni approach pengilang dan gunakan muka sy utk produk Surgical Mask SimplyK. Dia janji tak akan malukan sy dan pastikan produk ni betul2 ‘legit’ dan sah sebagai Surgical Mask. Alhamdulillah, pihak pengilang yakin dan setuju utk ambik saya sebagai Duta Produk Surgical Mask SimplyK. 

“Saya kalau kawan minta tolong mmg sy akan sedaya upaya tolong smp berjaya. Itu prinsip hidup saya. Kalau yg tak melibatkan duit ringgit inshaa Allah sy bantu,” ujarnya.

Pada masa sama, Nurulhidayah memaklumkan bahawa dia tidak mendapat sebarang bayaran untuk menjadi duta kepada produk face mask berkenaan.

“Apa sy dapat ‘in return’ untuk bantu dan support dia? Duit? ❌ (tidak). Saya minta Jo berjanji dengan saya, sekiranya saya perlukan support untk NGO menghantar Mask secara percuma utk bencana alam, bantu sy beri bantuan pd yg memerlukan. 

“Alhamdulillah Jo setuju dan kebetulan selepas kolaborasi tersebut, Jo aktif turun padang bersama sy. Jo sedikit pun tak berkira utk hantar Mask, hantar sanitizer kepada mangsa2 bencana alam. Jo sendiri hantar pegi ke masjid. 

“Sy nak tanya anda semua, apa yang saya buat ni salah ker? Haram ker? Adakah perbuatan sy ni menzalimi sesiapa? Tanya diri anda sendiri, siapa zalimi siapa?” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan sebagai sebuah produk yang dikenali sebagai ‘surgical mask’, ia seharusnya perlu mendapat perakuan dari badan tertentu.

“Sebagai Duta Produk, dan mereka yg approach sy utk produk mereka, sudah tentu mereka akan buat sesuatu yg LEGIT. Kalau dah letak – SURGICAL MASK pastinya ia harus diperakui dari badan tertentu sebagai SURGICAL MASK.

“Bukan suka2 letak kat kotak macam tu. Bila kerajaan umumkan mask perlu ada kelulusan SIRIM, itu jadi masalah sy ker?” persoalnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button