Cerita ArtisHiburan

“Bila Nak Kaitkan Pasal Arwah Mak Aku, Aku Sedih!” – Khai Bahar Luah Rasa Terkilan Dituduh Bergaul Dengan Geng G** B**

Penyanyi popular, Khai Bahar meluahkan rasa terkilannya apabila terdapat individu tidak dikenali yang mendakwa dirinya bergaul dengan golongan gay boy atau homoseksual.

Menerusi satu posting di akaun Instagram, Khai kesal dengan dengan tuduhan tersebut termasuk mengaitkan dengan arwah ibunya.

“Ramai suruh ignore, yess, sblom ni aku xpnah langsung amik port pasal orng nk kata caci maki aku, xpenah tau, xpenah langsung ! aku skrng tngah sakit, syurga aku dh da, tapi bila nk kaitkan pasal arwah mak aku, aku sdih!

“Aku knal diri aku sapa, kau knal aku, knal kawanz aku, jaga aib masing ! kalau xbleh support aku, jngan caci – caci aku, kawan – kawan aku, aku maafkan ko and aku pon mnta maaf dkat sapa saja kalau aku pnah buat silap, dosa aku dngan Allah aku tanggung, mybe esok lusa aku dh da bru ko bleh stop cari salah aku,” ujarnya.

Baru-baru ini, individu berkenaan mendakwa Khai menyambut tahun baru di Pulau Langkawi bersama golongan gay boy atau homoseksual.

“Teguran untuk Khai Bahar. Arwah mak nak yang terbaik untuk Khai. Cukuplah bergaul dengan geng g*b*. Saya tahu Khai pergi pulau celebrate new year dengan siapa,” tulis individu berkenaan.

Menjelaskan mengenai perkara berkenaan, penyanyi itu memaklumkan dia pergi bercuti ke pulau tersebut bersama rakan-rakan yang sudah lama dikenalinya.

“Cukup lah. Aku pergi dengan kawan-kawan baik aku yang aku dah kenal bertahun-tahun lama. Bukan sambut new year saja, sambut birthday sekali. Dah plan dengan kawan-kawan kampung lama aku. 

“Jangan sampai menfitnah. Kalau tak boleh bagi aku happy, jangan bagi aku sedih dengan apa yang jadi semua ni jangan salahkan aku apa yang jadi,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button