Cerita ArtisHiburan

Bimbang Dengan Penyakit Ain, Shuib Belum Sedia Dedah Wajah Ayash Affan

Biarpun ramai yang masih ternanti-nanti, pelawak dan usahawan popular Shuib menyatakan dia belum bersedia untuk mendedahkan wajah anak keempatnya, Ayash Affan.

Shuib berkata, dia ingin mengelakkan sebarang perkara yang tidak baik, terutama sekali penyakit Ain setelah bertanya pandangan beberapa individu dalam bidang agama.

“Saya sendiri tak tahu bila nak dedahkan. Lagipun usia Ayash masih sangat muda, tambahan pula dia bayi pramatang dan banyak benda yang perlu saya jaga.

“Sebelum ini saya ada bertanya dengan beberapa kenalan dalam bidang agama kerana risau dengan penyakit ain apabila orang puji comel sebab dia belum matang lagi. Kalau diikutkan memang perlu dedah dulu kecuali kepada keluarga,” ujarnya.

Shuib berkata demikian ketika selesai majlis bacaan Yasin sempena 40 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah yang berlangsung malam tadi.

Pandangan yang disebabkan kagum dan teruja dan disertai dengan sedikit sifat cemburu juga boleh menyebabkan terkena penyakit Ain mengikut Ibn Hajar al-‘Asqalani.

Dalam pada itu, Shuib memberitahu buat masa ini dia mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada sebarang aktiviti.

Jelasnya, sekarang ini dia mahu memberi sepenuh tumpuan kepada Ayash terlebih dahulu dan tidak pasti bila akan kembali aktif.

“Perniagaan saya akan tetap berjalan seperti biasa, cuma ada beberapa program yang sudah diaturkan sebelum ini yang terpaksa saya batalkan,” ujarnya.

Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia 9 Ogos lalu selepas tiga hari melahirkan Ayash secara pembdahan dan bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada 2011 dan mendapat empat cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan berusia sebulan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button