AntarabangsaHollywood

Blake Lively Padam Semua Gambar IG Termasuk ‘Unfollow’ Suami Sendiri

Peminat aktres Blake Lively melahirkan perasaan curiga dan hairan mereka selepas pelakon itu memadamkan kesemua gambarnya di laman Instagram (IG) selain tidak mengikuti mana-mana profil IG lain termasuk suaminya sendiri, Ryan Reynolds.

Perkara itu membuatkan pengikutnya yang seramai 20 juta itu berasa curiga adakah perkahwinan pasangan itu kini sedang berada di ambang perpisahan.

Walaupun membuang senarai akaun IG yang diikutinya namun Blake dilihat baharu sahaja mengikuti sebanyak 36 akaun wanita yang bernama Emily selain memuat naik video trailer filem terbaharunya.

Media antarabangsa meramalkan ini merupakan strategi Blake bagi mempromosikan filem terbaharu lakonannya berjudul A Simple Favor.

Menerusi filem itu, Blake membawakan watak bernama Emily. Selain Blake, Emily turut dibintangi Anna Kendrick dan pelakon kelahiran Malaysia, Henry Golding. Ia bakal ditayangkan pada 14 September ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button