AntarabangsaKpop

Peminat Blackpink Lancar Kempen MV Ddu-Du Ddu-Du Capai Tontonan Satu Bilion

Minggu lalu, kumpulan Blackpink telah dinobatkan sebagai kumpulan K-Pop pertama yang berjaya mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 800 juta menerusi muzik video lagu Ddu-Du Ddu-Du di saluran Youtube.

Susulan itu, peminat kumpulan tersebut yang digelar Blink telah melancarkan satu ‘kempen’ bagi mencapai sasaran sebanyak satu bilion tontonan dengan mewujudkan tanda pagar #StreamDDDDTo1B menerusi pelbagai laman sosial.

Malah, seorang peminat setia turut membuat jangkaan yang video itu berupaya mencapai sasaran satu bilion tontonan menjelang bulan September ini.

Buat masa ini, hanya lagu dendangan Psy iaitu Gangnam Style yang telah berjaya mendapat jumlah tontotan melebihi satu bilion selepas lagu itu mencipta fenomenanya yang tersendiri pada tahun 2012.

Sehingga ke hari ini, video muzik Gangnam Style kini telah merekodkan lebih 3.3 bilion tontonan.

Selain lagu Ddu-Du Ddu-Du, single terbaharu Blackpink yang dianggotai Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo iaitu Kill This Love juga dilihat berpotensi untuk mencapai satu bilion tontonan apabila berjaya mencatatkan jumlah tontonan lebih 353 juta selepas ia dilancarkan pada 4 April lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button