Cerita ArtisHiburan

Boy Iman Perkenal Aplikasi Patuh Syariah, Beri Peluang Pekerjaan & Perniagaan Kepada Yang Hadapi Masalah Semasa PKP 3.0

Pelakon Boy Iman menyatakan dia mahu memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang terkesan dengan masalah kerja akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi satu posting di Instagram miliknya.

“Saya nak bagi anda kerja, anda perniagaan. Ada kerja, ada meniaga confirm ada pendapatan, ada sumber kewangan. Tolong kenalkan pada semua tokey kedai makan, pengusaha kedai makan, peniaga pasar malam, peniaga uptown, tokey kedai runcit.

“Makcik kiah yang jual goreng pisang tepi jalan, yang jual coco jar, yang jual apam balik kat rumah untuk daftar di aplikasi penghantaran makanan dan kedai runcit yang pertama patuh syariah. Tolong jugak kenalkan pada semua yang boleh jadi “raider” kami tak kisah dia ada motor, kereta, van, lori atau basikal,” ujarnya.

Menurut Boy, dia juga memerlukan mana-mana individu yang boleh menjadi konsultan untuk memperkenalkan aplikasi berkenaan.

“Saya jugak perlu korang untuk jadi konsultan syarikat dengan memperkenalkan aplikasi ini pada semua dan korang boleh dapat gaji atau upah yang sangat lumayan.

“Duduk rumah pun boleh buat duit, buat kerja. Siapa yang berminat dan nak tahu boleh hubungi saya, pm, dm ye,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
4
+1
1
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button