PopularViral

‘Brader Cincau’ Jadi Viral Setelah Seorang Wartawan Bertanya Kepada Menteri Berhubung Rentas Negeri

Perkataan ‘Brader Cincau’ menjadi viral sejak semalam sehingga mendapat perhatian warga netizen.

Ia berikutan pertanyaan soalan seorang wartawan kepada Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berhubung dengan SOP dalam satu sidang media yang diadakan.

“Datuk Seri dah sebut sebentar tadi, rentas negeri tidak dibenarkan sama sekali. Tetapi mungkin akan ada pengecualian pada mana-mana pihak khususnya pada mereka yang terkenal ini untuk merentas negeri?

“Sebab kita tidak mahu lagi berlaku merentas negeri melibatkan orang-orang kenamaan, orang-orang yang terkenal bagi alasan yang mungkin tidak munasabah. Nak ke Melaka membeli cincau misalnya nak ke Penang beli pasembor misalnya,” ujar wartawan berkenaan.

Ternyata soalan yang ditanyakan itu membuatkan netizen berkenaan memberikan gelaran ‘Brader Cincau’ kepadanya.

Apa yang lebih mencuri perhatian lagi, #bradercincau juga telah menjadi trending di laman Twitter.

Perkataan cincau itu difahamkan menjadi sebutan ramai apabila dirujuk sebagai ritma pantun untuk menyindir segelintir pihak.

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
2
+1
26
+1
0
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button