AntarabangsaHollywood

Britney Spears Alami Keguguran, Mohoh Diberi Ruang Buat Sementara Waktu

Penyanyi popular, Britney Spears memberikan khabar duka apabila menyatakan dia telah mengalami keguguran anak ketiga.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Britney di Instagram sambil memaklumkan penantiannya bersama pasangan, Sam Asghari berakhir dengan tragis.

“Memang begitu menyedihkan apabila terpaksa memberitahu yang kami sudah kehilangan bayi kami ketika dalam peringkat awal kehamilan saya.

“Sudah tentu ia situasi yang menyedihkan kepada semua ibu bapa jika mengalami perkara ini. Mungkin kami sepatutnya menunggu untuk mengumumkan sehingga kandungan sudah kuat, cuma kami terlalu teruja untuk berkongsi berita baik ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, pasangan tersebut meluahkan rasa terharu dengan sokongan yang diberikan rakan-rakan dan peminat, namun mohon diberi ruang buat masa sekarang.

Malah, penyanyi itu juga mengatakan dia dan Sam enggan berputusa asa dalam usaha mendapatkan zuriat dan menambahkan bilangan ahli keluarga.

“Sememangnya cinta kami adalah kekuatan kami. Kami akan berusaha lagi untuk mengembangkan keluarga tercinta kami ini”, tambahnya.

Sementara itu, Sam yang turut menulis komen pada posting itu, memberitahu bahawa dirinya bersama Britney tidak akan berputus asa dan percaya pada keajaiban. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button