AntarabangsaHollywood

Brooklyn Beckham Kembali Bercinta Dengan Chloe Moretz?

Anak sulung pasangan popular David dan Victoria Beckham, Brooklyn Beckham dikatakan kembali berpacaran dengan bekas teman wanitanya, aktres Chloe Grace Moretz.

Hal itu hangat diperkatakan selepas Brooklyn baru-baru ini memuat naik satu gambar di laman Instagram beserta kapsyen, “These night are my favourite. Missing my girl”, sambil tag profil Instagram aktres muda itu.

Chloe pula dilihat membalas entri tersebut dengan emoji bentuk hati dan bunga ros.

A post shared by bb (@brooklynbeckham) on

Kedua-dua mereka putus cinta tahun lalu, namun masing-masing tidak mendedahkan punca kepada perpisahan tersebut.

Sementara itu, Brooklyn yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Fotografi di Parsons School of Design, New York mengatakan dia menerima perhatian yang sangat luar biasa daripada rakan sekelasnya sehingga kadang kala ia merimaskan dirinya.

“Saya suka kawan-kawan di kolej, tapi ada juga beberapa peminat di sana.

“Kadang-kadang saya rasa macam nak cakap je, “Saya berada di sini selama empat tahun, jadi bertenang rakan-rakan,” katanya memetik laporan The Cut. – KopiPlanet.com

 

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button