
BTS Buat Peminat Tak Sabar Kolaborasi Dengan Ed Sheeran
Selepas kejayaan lagu Kiss & Make Up hasil kolaborasi Dua Lipa dan Blackpink, kini akan hadir satu lagi lagu kerjasama bintang besar dari dua benua.
Terbaharu, kumpulan K-pop yang berjaya mencipta fenomena di seluruh dunia, BTS akan berduet dengan penyanyi dan komposer berbakat besar, Ed Sheeran.
Salah seorang ahli BTS, Suga memuat naik satu gambar memperlihatkan komposisi muzik lagu yang akan dinyanyikan mereka bersama sehinggakan peminat teruja dan tidak sabar mahu mendengarkan karya terbaharu mereka.
Ed sebelum ini menerusi temu bual dengan media antarabangsa mengatakan dia cukup mengagumi bakat BTS.
“Saya ada cipta lagu yang mungkin mereka berminat nak nyanyi. Saya sangat suka dengan BTS, saya rasa mereka sangat berbakat,” katanya.
Selain Suga, BTS turut dianggotai Jungkook, J-Hope, Jimin, Jim, RM dan V. Tahun 2018 menyaksikan kebangkitan BTS apabila mereka berpeluang bekerjasama dengan komposer antarabangsa seperti Steve Aoki serta ahli kumpulan The Chainsmoker, Andrew Taggart. – KopiPlanet.com