AntarabangsaKpop

BTS Diundang Terlibat Projek Lagu Tribute Untuk Michael Jackson

Agensi pengurusan BTS, BigHit Entertaiment mengesahkan yang pihak mereka ada menerima jemputan untuk menyertai rakaman lagu tribute untuk raja pop dunia, mendiang Michael Jackson.

Sebelum ini, bekas presiden syarikat rakaman Michael, Jerry L. Greenberg ada mengeluarkan kenyataan mendedahkan yang kumpulan dari Korea Selatan itu telah diundang untuk projek tribute tersebut sempena ulang tahun ke-60 raja pop itu Ogos ini.

“BTS baru-baru ini menerima jemputan untuk merakamkan lagu tribute untuk Michael Jackson. Ia satu penghargaan besar buat BTS untuk menyampaikan tribute kepada mendiang.

“Namun atas sebab kesibukan mereka merakamkan album terbaharu selain konsert jelajah yang bakal tiba, BTS tidak dapat bersama-sama terlibat dalam projek ini,” kata jurucakap kumpulan itu.

BTS merupakan satu nama yang cukup dikenali di kalangan peminat muzik K-Pop di Amerika Syarikat.

Baru-baru ini mereka baharu sahaja memenangi trofi Top Social Artist di Anugerah Muzik Billboard 2018 yang diadakan di Las Vegas pada 21 Mei lalu. Kejayaan itu merupakan satu momen manis buat BTS apabila mereka mengenepikan ramai penyanyi antarabangsa popular lain seperti Justin Bieber, Demi Lovato dan Drake bagi pencalonan tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button