Cerita ArtisHiburan

“Buat Masa Sekarang Ni, Aku Pilih Hujan Emas… Takde Diskriminasi & Freedom Of Choice Tu Yang Penting” – Lana Nodin

Sejak pulang ke negara asal suaminya di Amerika Syarikat, pelakon popular Lana Nodin semakin kerap menunjukkan kehidupan harian yang dilaluinya di sana.

Selain dapat makan di restoran dan membawa anaknya mandi di kolam renang meskipun belum di vaksin, pelakon itu juga memuat naik videonya pergi membeli-belah dengan bebas.

“Orang kata hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, tapi maaf ya quote korang bagi ni…

“Buat masa sekarang ni, aku pilih hujan emas sebab dah lama tak dapat shopping macam ni… TAK DE DISKRIMINASI, dan FREEDOM OF CHOICE TU YANG PENTING!” tulisnya menerusi satu posting di Instagram.

Kongsinya lagi, ketika berada di Tampa Premium Outlets, orang ramai juga diberi kebebasan sama ada memakai pelitup muka atau pun tidak.

Bagaimanapun, posting yang dimuat naiknya itu turut mendapat pelbagai maklum balas daripada rakan artis dan netizen.

Sebelum ini, Lana merupakan antara pelakon yang dilihat menolak untuk mengambil vaksin atas beberapa sebab. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Lana Nodin

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
3
+1
0
+1
2
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button