
Buat Panggilan Video, Ariana Buktikan Masih Berbaik Dengan Bapanya
Cuti Krismas menyatukan keluarga bersama walaupun hanya menerusi panggilan video (FaceTime). Ini apa yang dilakukan oleh Ariana Grande bersama bapanya, Edward Butera yang tinggal berasingan.
Penyanyi genit itu berkongsikan momen sambutan Krismas itu menerusi akaun Instagram miliknya, Selasa lalu.
Ariana, 25, telah memuat naik gambar berwarna hitam putih yang menunjukkan dia dan bapanya membuat panggilan video. Perkongsian itu menunjukkan yang penyanyi itu masih mempunyai hubungan yang baik dengan bapanya biarpun terdapat dakwaan mengatakan dia ‘bermusuh’ dengan bapanya sendiri sebelum ini.
Perbualan tersebut terjadi selepas beberapa minggu dia melancarkan lagu “Thank You, Next” yang menduduki carta tertinggi, di mana menerusi salah satu rangkap dalam lagu itu dia ada menceritakan pengalaman buruknya ditinggal bapanya selepas kedua ibu bapanya bercerai.
Di baris akhir ayat lagunya dia berkata, “Suatu hari nanti saya akan berjalan di lorong, memegang tangan dengan ibu saya, saya akan berterima kasih kepada bapa saya, kerana menyebabkan ibu melalui semua ini”. – KopiPlanet.com