Cerita ArtisHiburan

“Buat Syamsul Saya Harap Dia Kuat Semangat” – Yusof Haslam Enggan Ulas Spekulasi Anaknya Bakal Berkahwin, Mahu Jaga Hati Semua Pihak

Penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut tentang spekulasi anaknya, Syamsul bakal berkahwin lagi dengan seorang anak pelakon popular.

Yusof berkata, dia tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara berkenaan kerana mahu menjaga hati semua pihak.

“Perkara ini memang susah untuk saya ulas kerana pada masa sama saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terbabit.

“Saya tidak mahu kalau perkara ini saya komen akan disalah tafsir sehingga boleh mengeruhkan hubungan saya dengan Syamsul. Memang serba salah dibuatnya,” ujarnya.

Yusof berkata demikian ketika ditemui pada majlis pra-tonton filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul yang dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Yayan Ruhian dan Johan As’ari.

Bagaimanapun, Syamsul selaku pengarah filem terbitan Studio Kembara itu akan ditayangkan dipawagam pada 23 Jun ini tidak hadir semasa majlis yang berlangsung semalam.

Kontroversi berkenaan Syamsul tercetus apabila sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.

.Biarpun tidak menulis nama, namun ramai yang mengesyaki gosip tersebut merujuk kepada Syamsul yang didakwa menjalin hubungan dengan Ira Kaza.

Ditanya sama ada semua pihak yang terlibat perlu bersemuka untuk menyelesaikan kemelut ini, beliau menjelaskan masalah tersebut perlu diselesaikan oleh Syamsul sendiri.

“Apapun permasalah yang timbul ini hanya Syamsul yang perlu jawab. Jadi, tiada keperluan untuk saya bertemu dengan pihak sana,.

“Buat Syamsul saya harap dia kuat semangat dan jangan patah harapan. Terus berani berjuang dan jangan takut dengan masalah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button