Rancangan TVTV

Bukan Lima… Enam Peserta Akhirnya Berjaya Isi Hot Seat All Stars Gegar Vaganza

Teka-teki peserta yang mengisi kerusi hot seat untuk bersaing dalam All Stars Gegar Vaganza (GV) akhirnya terjawab pada malam ini.

Antara peserta yang berjaya untuk bersaing dengan 10 lagi peserta adalah seperti Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani Slam dan Liza Hanim.

Pemilihan untuk mengisi lima kerusi hot seat adalah berdasarkan 100 peratus undian daripada peminat yang mengundi secara online.

All Stars Gegar Vaganza menyaksikan 10 juara GV bersaing iaitu Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azaharina, Datuk Aishah, Noryn Aziz, Naqiu, Hardy Mirza, Cliff Umar, Aliff Aziz dan Jaclyn Victor.

Selain mengekalkan Nabil Ahmad, Elly Mazlein dan Jihan Muse selaku pengacara, kerusi juri juga masih kekal diisi Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button