Cerita ArtisHiburan

“Bukannya Bila Dah ‘Ghast’ Sana Sini Alih-Alih Pusat Lutut Jugak Yang Ditunjuk.. Aurat Pun Jaga La..” – Fendy Bakry Pesan Betulkan Niat & Bukan Sekadar Content Apabila Lakukan Penghijrahan

Tidak dinafikan ketika ini semakin ramai artis yang dilihat telah cuba berhijrah dengan mendekatkan diri kepada agama serta menyertai jemaah tabligh.

Biarpun ia merupakan satu perkembangan yang positif, namun pelakon popular Fendy Bakry mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai perkara tersebut.

“Dah keluaq 3 hari kan?? Pastu ada niat nak ke-40 hari pulak yea dak?? Makanya selaraskan penghijrahan tersebut.. Apa yang dikatakan selaraskan.. baik dari agama, amalan dan sifat..itu namanya penghijrahan..

“Bukannya bila dah ghast sana sini alih2 pusat lutut jugak yang di tunjuk.. aurat pun jaga la…Kalau la aku yang baru belajar nie.. belum smpi rasanya untuk ghast, salah fahaman rosak akidah orang,” luahnya menerusi satu posting di akaun Facebook miliknya.

‘Ghast’ adalah merujuk kepada istilah ‘ziarah rumah ke rumah’ yang selalunya dilakukan oleh jemaah tabligh untuk menyampaikan dakwah.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan turut berpesan supaya mereka yang melakukan penghijrahan supaya membetulkan niat masing-masing.

“Cukup untuk permulaan aku ikut seperti lembu pun xpa.. Asalkan aku punya peluang untuk belajar.. makanya betulkan niat.

“Masih ramai agamawan yang punya pegangan quran dan hadis berbanding motivasi… betulkan niat dan jangan hanya sekadar content,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Facebook Fendy Bakry

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
3
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button