Cerita ArtisHiburan

Bunga Citra Lestari Kembali Bergelar Isteri, Selamat Disatukan Dengan Tiko Aryawardhana

Penyanyi dan pelakon popular, Bunga Citra Lestari (BCL) selamat kembali bergelar seorang isteri apabila disatukan dengan lelaki pilihannya Tiko Aryawardhana di Resort Amankila, Bali, Indonesia pada petang tadi.

Dalam majlis berkenaan, BCL cantik mengenakan busana adat Jawa berwarna putih yang dipadankan dengan suaminya.

Apa yang menariknya, upacara pernikahan berkenaan turut dihadiri keluarga selain rakan dan saudara terdekat malah keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair turut meraikan pasangan pengantin.

Malah, adik perempuan arwah sendiri iaitu Aisyah turut berada di sisi BCL pada hari bahagia berkenaan.

Untuk rekod, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan.

Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.

Sementara Tiko pula merupakan bapa kepada tiga orang anak dan telah bercerai pada 2021. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button