Cerita ArtisHiburan

Bunga Citra Lestari Laksana Ibadah Umrah Bersama Suami & Anak Sempena Tahun Baharu

Pelakon dan penyanyi popular, Bunga Citra Lestari atau lebih popular dengan panggilan BCL melaksanakan ibadah umrah bersama suami baharu, Tiko Aryawardhana dan anaknya, Noah Sinclair.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh BCL menerusi perkongsian beberapa foto yang memaparkan mereka bergambar di depan Kaabah.

“Alhamdulillah.. Umroh di malam terakhir di tahun 2023.. Thank you 2023, its been amazing.. Happy New Year,” tulisnya ringkas.

BCL yang bergelar ibu tunggal selama tiga tahun telah mendirikan rumah tingga dengan Tiko dalam satu majlis yang berlangsung pada 2 Disember lalu.

Sebelum ini, BCL pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Noah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button