Cerita ArtisHiburan

Cahaya Mata Bertambah & Perniagaan Semakin Berkembang, Siti Nurhaliza Akan Terus Aktif Dalam Bidang Nyanyian

Dengan perniagaan yang semakin berkembang dan bertambahnya seorang lagi cahaya mata, pastinya tanggungjawab yang dipikul oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza semakin bertambah.

Bagaimanapun, Siti menjelaskan bahawa tanggungjawab yang besar itu tidak menjadi penghalang untuk beliau terus kekal aktif dalam bidang nyanyian.

“Saya cuba seiringkan kerjaya nyanyian, perniagaan serta keluarga. InsyaAllah, semuanya diaturkan dengan begitu baik dan teliti sekali.

“Lagipun impian saya adalah untuk menganjurkan konsert sempena 25 tahun saya dalam industri, tetapi belum lagi boleh dilakukan dałam situasi sekarang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sidang media bersempena sempena sambutan ulang tahun kedua BeauSiti secara virtual yang berlangsung kelmarin.

Jelas Siti, buat masa ini perancangan untuk konsert serta album baharu masih berjalan seperti biasa dan mungkin saya akan hasilkan sebuah single yang cukup istimewa.

“Kalau kerajaan dan benarkan anak seni seperti penyanyi untuk adakan persembahan secara terbuka, barulah saya fikirkan lokasi yang sesuai untuk konsert berkenaan diadakan nanti,” ujarnya.

Sementara itu, sempena dengan ulang tahun ke-2 jenama BeauSiti, beliau berkata sokongan padu daripada para pelanggan dan juga SitiZen (ejen BeauSiti) yang sah amat dihargai dan beliau merasakan kepuasan pelanggan adalah penting untuk memastikan produk lebih terjamin bersaing di pasaran dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Para pelanggan boleh melayari www.beausiti.my atau dapatkan produk dari SitiZen dan menikmati potongan diskaun dari tawaran promosi semasa kempen ulangtahun ini.“

“Setiap pembelian Beautéssence, para pelanggan BeauSiti boleh dapatkan Beaukids dengan harga RM2 sahaja pada hari ini sahaja, 14 September 2021. Selain itu juga, rakyat Malaysia yang telah menerima vaksin boleh mendapatkan tawaran sehingga RM25 melalui promosi di laman sesawang BeauSiti, “ ujarnya.

Jelasnya lagi, ia adalah salah satu cara untuk menyokong inisiatif Kerajaan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan menawarkan promosi untuk mereka yang telah menerima vaksin dos pertama dan kedua yang berlangsung dari 16 September hingga 30 September ini hanya di laman web BeauSiti dan tertakluk pada terma dan syarat.

“Saya berharap agar dapat menghasilkan produk BeauSiti bukan sahaja meliputi wanita dan kanak-kanak, tetapi juga untuk golongan lelaki dan merangkumi kategori barang keperluan rumah.

“Selain itu, saya juga berhasrat untuk mengembangkan pasaran produk BeauSiti di luar negara serta negara Islam menjelang tahun 2026,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button