Cerita ArtisHiburan

Caprice Akur Arahan Mahkamah, Padam Semua Posting Berkaitan Ebit Lew

Penyanyi rap popular, Caprice akhirnya memadam semua hantaran di media sosial berkenaan kes Mondy Tattoo setelah akur dengan perintah injunksi interim yang diperoleh pendakwah selebriti Ebit Lew.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Caprice menyatakan dia tidak lagi boleh memuat naik sebarang hantaran yang melibatkan Ebit bersama Mondy.

“Minta maaf guys, saya terpaksa padam posting-posting UEL (Ebit) dan Mondy untuk hormat perintah injunksi interim Mahkamah Sesyen Shah Alam melalui platform secara e-review Hakim Sayani Mohd Nor.

“Dalam perintah injunksi interim, Caprice kena padam semua posting yang ada kaitan dan tidak boleh langsung cakap fasal kes ini atau apa-apa kaitan dengan kes tersebut. Atau fasal orang-orang yang terlibat dengan kes tersebut secara directly, indirectly dalam apa-apa bentuk atau platform,” katanya.

Sementara itu, penyanyi itu juga menyatakan dia akan meneruskan perjuangan untuk mendapatkan keadilan undang-undang menerusi wakil peguam.

Malah, dia juga memohon maaf kerana tidak lagi boleh mencari keadilan bagi pihak yang menghubunginya untuk berkongsi kisah gangguan seksual yang diterima.

“Minta maaf semua. Kita akan teruskan fight melalui peguam kita… terima kasih. Insya-Allah kebenaran tidak boleh disembunyikan walaupun sekuat mana kita cuba untuk berselindung… kami akan melawan habis-habisan.

“Mohon maaf kepada semua mangsa-mangsa yang minta tolong saya sebelum ini untuk kedepan dan bela mereka. Buat sementara ini, saya tak boleh buat apa-apa,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button