Cerita ArtisHiburan

Caprice Batalkan Sesi Live IG Susulan Laporan Polis Yang Dibuat Oleh Ebit Lew

Penyanyi popular Caprice telah membatalkan sesi Live IG susulan laporan polis yang telah dibuat oleh Ustaz Ebit Lew.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh penyanyi berkenaan menerusi Insta Story miliknya.

“Minta maaf guys, ada orang yang sudah buat laporan polis dan Caprice tak dapat buat live 10pm malam ini.

“InsyaAllah, the truth will be revealed by itself,” tulisnya.

Pada petang tadi, Ebit Lew telah membuat satu laporan polis bagi menafikan segala dakwaan yang telah dilemparkan terhadap dirinya.

Dalam pada itu, Caprice menyatakan dirinya sudah penat serta sudah meminta maaf untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan.

Bagaimanapun, ujarnya dia kecewa dengan pihak-pihak yang menggunakan kuasa untuk sembunyikan orang lain.

“Ni adalah kali kedua benda macam ni berlaku tahun ni. Caprice dan cukup penat dan serah semua kepada Allah.

“I am choosing to move on to better myself. I have not fully recovered from my experience but InsyaAllah I will get to a better place mentally and physically,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
13
+1
2
+1
3
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button