Caprice Maklumkan Sudah Dihubungi Polis, Nafi Dirinya Kini Sedang Dicari Pihak Interpol
Setelah dikatakan gagal untuk dihubungi, penyanyi popular Caprice memaklumkan bahawa dia sudah pun berhubung dengan pihak polis.
Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh penyanyi berkenaan menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya.
“Salam guys, pagi tadi IO / Insp dari IPD Wangsa Maju finally whatsapp message dan whatsapp call Caprice. Sebenarnye, Interpol tak cari pun Caprice.
“The media took it out of context and headline semua buat nampak macam ade kes luar biasa sampai orang comment2 macam kita ni hilang atau tengah lari,” jelasnya.
Sebelum ini, terdapat kenyataan yang mengatakan pihak polis meminta bantuan Interpol untuk mengesan Caprice serta seorang lagi individu iaitu Nadir Al Nuri.
Kedua-dua berkenaan dicari oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis yang telah dibuat oleh Ustaz Ebit Lew. – KopiPlanet.com