
Cardi B Tidak Sengaja Muat Naik Gambar Bogelnya Di Instagram
Sebagai salah seorang penyanyi rap wanita yang sangat popular sekarang ini, semua hal tentang Cardi B sering menjadi perhatian peminat, termasuk apa sahaja yang dimuatnaik di Instagram.
Menariknya, baru-baru ini penyanyi berkenaan menjadi viral gara-gara sebuah posting yang dibuatnya di Insta Story. Apa yang mengejutkan apabila dia memuat naik sekeping gambar bogelnya tanpa sengaja.
Cardi B yang ketika itu panik terus menutup telefon bimbitnya segera dengan harapan gambar itu tidak akan dimuat naik. Namun, setelah dia menghidupkan semula telefonnya itu, ternyata gambar tersebut telah tersebar luas.
Biarpun telah memadamkan gambar tersebut, dia tidak dapat menghentikan perbincangan hangat gambarnya itu di media sosial dan tidak menyalahkan sesiapa mengenainya.

“Saya sama sekali tidak mahu untuk menyalahkan mana-mana pihak tentang perkara ini. Mungkin nasib saya tidak begitu baik dan ia merupakan kesalahan saya sendiri,” tulisnya.
Selain tersebarnya gambar, Cardi B berhadapan tengan situasi apabila gambarnya itu juga turut menjadi gurauan dalam kalangan netizen, terutama sekali mengenai buah dadanya. – KopiPlanet.com