PopularViral

Carl Samsudin Minta Maaf Setelah Video Dia Meninggikan Suara Terhadap Seorang Warga Emas Jadi Viral & Dikecam Ramai

Usahawan yang juga influencer media sosial, Carl Samsudin akhirnya memohon maaf setelah video dia meninggikan suara terhadap seorang warga emas menjadi viral sehingga dikecam ramai.

Dalam satu posting di Instagram, Carl menyatakan dia tidak pernah berniat untuk menghina warga emas berkernaan.

“Selama saya hidup tidak pernah saya berlaku biadap kepada sesiapa terutama warga tua, saya sedaya upaya cuba menghormati semua golongan.

“Tujuan hidup saya hanyalah ingin membantu, memberi manfaat dan mengubah hidup mereka yang memerlukan selain menjadi hamba kepada yang esa. Jika ketika petikan video itu dirakam kelihatan seperti saya tidak beradab dengan uncle tersebut, saya betul-betul mohon maaf atas ketidak berreaban saya,” jelasnya.

Ujarnya, ketika sesi berkenaan dia menyantuni warga emas itu dan semua gelandangan dengan baik dan mereka semua gembira pada hari tersebut.

Menurutnya lagi, tidak terlintas dimindanym untuk menghina mereka yang memerlukan bantuan kerana dia juga pernah hidup susah dan memerlukan bantuan orang ramai dahulu.

“Untuk apa saya bersusah payah membantu mereka jika untuk menghina mereka. Sedangkan saya sendiri adalah manusia yang penuh hina dan dosa.

“Sekali lagi jika video pendek itu menimbulkan rasa kurant senang bagi orang ramai saya mohon maaf. Dan InsyaAllah dalam masa terdekat ini saya akan berjumpa uncle tersebut sekali lagi untuk memohon maaf dan perbetulkan kesilapan saya,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
6
+1
18

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button